suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Akhmal Asyraf reda anak dikebumikan di bumi para Anbia, anggap pemergian sebagai pejuang Islam

Ibu Akhmal (kanan) reda atas pemergian anaknya.

IBU kepada personaliti media sosial yang juga pengacara RareTV, Allahyarham Akhmal Asyraf reda menerima takdir pemergian anaknya yang menghembuskan nafas terakhir di Oman pada Khamis.

Menganggap pemergian arwah sebagai seorang pejuang Islam, ibu Allahyarham Akmal menerima ketentuan itu dengan hati terbuka dan bersyukur kerana anaknya kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat yang mulia.

Malah, pemergian anaknya untuk dikebumikan di bumi para Anbia juga merupakan sesuatu yang diimpikan arwah.

"Dia berjuang untuk menegakkan Islam, jadi saya reda, adik-beradiknya pun reda. Saya reda dia dikebumikan di bumi para Anbia. Itulah cita-citanya. 

"Alhamdulillah dengan izin Allah dia kembali (meninggal dunia) pada malam Jumaat yang mulia. Memang dia mahu meninggal dunia dalam husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik). 

Ibu bapa Akhmal akan berangkat ke Oman untuk menghadiri majlis pengebumian anak mereka.

Ibu bapa Akhmal akan berangkat ke Oman untuk menghadiri urusan pengebumian anak mereka.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab dalam membantu anak saya untuk Kembali sihat, tapi Allah Maha Menyayangi. Saya terima kerana Allah lebih tahu, apa yang kami harapkan Allah tempatkan anak saya ke dalam syurga," katanya. 

Ibunya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Threads milik pengasas RARETV, Saiful Nang. 

Biarpun menerima pemergian anaknya dengan reda, ibu Akhmal mengakui dirinya masih bersedih dan tidak setenang yang disangka.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana Allahyarham dipilih untuk pergi sebagai seorang pejuang Islam.

"Saya bukan tenang, tidak. Tapi macam saya cakap dia pergi sebagai seorang pejuang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Rita Rudaini meninggal dunia

"Saya bersyukur anak saya terpilih dikalangan ramai umat Islam. Walaupun rasa sakit tapi saya terima dengan reda kerana Allah. 

"Mewakili arwah anak, saya memohon maaf sekiranya ada kesilapan atau gurauan yang menyentuh hati. Sekiranya arwah ada hutang tolong maklumkan kepada kami sebagai waris," katanya. 

Sementara itu, wanita berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga yang hadir ke lapangan terbang bagi memberikan sokongan dan semangat kepada mereka.

Luahnya, hubungan arwah dengan ahli keluarga sangat erat sehingga ada antara mereka yang sukar menerima pemergian Allahyarham.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga, saya tidak jangka pagi-pagi datang ke lapangan terbang untuk memberi semangat kepada kami. 

"Ikatan silaturahim kami sangat erat dengan arwah, ada juga yang tak dapat terima pemergian anak saya. 

"Namun apa pun kita perlu terima kenyataan, setiap yang hidup pasti akan pergi. Tidak kekal selamanya," katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan Akhmal berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan paru-paru ketika menjalani penggambaran program Kembara Wahyu 2027 di Oman.

Akhmal meninggal dunia di Oman pada Jumaat.

Akhmal meninggal dunia di Oman pada Jumaat.

Allahyarham pada mulanya menerima rawatan di Hospital Nizwa sebelum dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Akhmal ditidurkan dan menjalani prosedur intubasi selepas mengalami kesukaran bernafas.

Difahamkan, Allahyarham berada di Oman bersama pasukan produksi bagi menjayakan rakaman program yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.58 petang Jumaat waktu Oman dan akan disemadikan di Muscat. 

Ibu bapa Akhmal dilaporkan akan berlepas menaiki penerbangan Oman Air pada pagi Sabtu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain